3 termasuk pasangan kekasih ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

3 termasuk pasangan kekasih ditahan edar dadah

SOFFIAN Santong (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas daripada satu sindiket dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 29 hingga 30 Disember tahun lalu. - PIX: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai tiga suspek termasuk pasangan kekasih ditahan polis minggu lalu dalam beberapa serbuan berasingan di daerah Timur Laut kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Tanjong Tokong dan Gelugor, dekat sini sejak Julai tahun lalu.

Selain penahanan suspek berkenaan, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat kira-kira 7.18 kilogram bernilai RM36,162 dalam serbuan pada 29 hingga 30 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek pertama yang bekerja sebagai juruteknik pemasangan talian internet ditahan pada 29 Disember lalu di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

”Suspek berusia 34 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi cuba melarikan diri ketika polis ingin menjalankan pemeriksaan selain enggan memberikan kerjasama.

”Dia bertindak memecut kereta sekitar lima hingga 10 meter sebelum melanggar sebuah lori yang berada di di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Menurut Soffian, menerusi pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek, polis merampas tiga paket plastik heroin seberat 1.37 kilogram.

”Selain itu, kita tutut menemukan sebuah beg berwarna hitam yang di dalamnya terdapat sembilan paket plastik lutsinar mengandungi heroin seberat 110 gram,” katanya.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, susulan penahanan suspek pertama, polis menahan suspek kedua iaitu lelaki berusia 44 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tepi jalan Jalan Perusahaan, Seberang Perai dekat sini pukul 7.15 petang hari sama.

“Susulan penahanan kedua-dua suspek ini, polis menyerbu sebuah rumah flat di kawasan Tanjung Bungah pukul 1 pagi, 30 Disember lalu dan menahan seorang wanita berusia 30 tahun,” katanya.

Tambahnya, wanita itu yang bekerja sebagai pembantu kedai merupakan janda anak tiga dan kekasih kepada suspek pertama.

”Di rumah wanita ini, polis merampas enam ketulan mampat dadah disyaki ganja dengan anggaran berat 5,700 gram dan bekalan dadah ini diperoleh daripada suspek kedua,” katanya.

Soffian berkata, hasil saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah serta mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan dadah serta jenayah.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 30 Disember lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.