3 individu termasuk wanita ditahan samun kedai serbaneka

3 individu termasuk wanita ditahan samun kedai serbaneka

peniaga lemas
Polis tahan lelaki ceroboh landasan LRT.

PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan samun kedai serbaneka di Jalan Cheras, di sini, pada 31 Disember lalu.

Dalam kejadian pukul 3.45 pagi itu, anggaran kerugian dilaporkan berjumlah RM1,500.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, hasil risikan dilakukan atas maklumat orang awam, dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sekitar Persiaran Surian, Petaling Jaya, Selangor, kira-kira pukul 1 pagi ini.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 26 tahun itu dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai serbaneka berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zam Halim berkata, semakan dilakukan mendapati dua daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil tangkapan itu, kami menyelesaikan lapan kes samun kedai serbaneka yang dilaporkan di sekitar Lembah Klang.

“Ketiga-tiga suspek direman lima hari sehingga 7 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,”jelasnya.

Beliau menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah di daerah ini.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051; Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN