KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dalam barisan senarai Kabinet yang diumumkannya malam ini.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi nama-nama yang disebut sebelum ini untuk memegang jawatan penting itu.
Dalam pada itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz pula diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Beliau akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya memegang jawatan berkenaan.
Tengku Zafrul sebelum ini adalah Menteri Kewangan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, Menteri pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah kerajaan perpaduan kali ini dipegang Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedict. – UTUSAN