Wisma Malaysia bakal dibangunkan di Gaza

Wisma Malaysia bakal dibangunkan di Gaza

MUHAMMAD NADIR AL-NURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Sebuah Wisma Malaysia bakal dibangunkan di Palestin yang akan menghimpunkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada Malaysia untuk bersama-sama menyalurkan bantuan dan khidmat kepada masyarakat di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, mereka diberi sebidang tanah oleh Kementerian Wakaf Palestin berkeluasan sekitar 900 kaki persegi di tengah-tengah bandar Gaza.

Jelas beliau, tahun hadapan sebuah rombongan akan masuk ke Gaza untuk meletakkan batu asas bagi bersama-sama merasmikan bangunan empat tingkat tersebut yang bakal dibina dan siap dalam jangka masa setahun.

“Alhamdulillah kita di Gaza sudah diberikan sebidang tanah untuk dibina sebuah bangunan. Kita cadangkan untuk bangunkan sebuah Wisma Malaysia di sana, kami tidak mahu namakan ia sempena CGM kerana kami ingin ia menjadi pusat untuk gerakan-gerakan NGO.

“Bangunan tersebut akan membantu gerakan NGO-NGO yang mahu melaksanakan kerja secara bersistematik dari bumi Malaysia dan juga rantau ini untuk mereka yang memerlukan di bumi Palestin,” katanya kepada pemberita.

Muhammad Nadir ditemui pemberita semasa majlis perasmian pejabat baharu CGM dan pelancaran buku penulisannya yang berjudul Sedekad di Penjara Terbesar Dunia.

Mengulas lanjut, Muhammad Nadir berkata, Wisma Malaysia itu dianggarkan menelan kos sekitar AS$1 juta dan setakat ini pihaknya sudah berjaya mengumpul dalam lingkungan RM1.5 juta.

“Wisma tersebut akan menjadi mercu tanda baharu buat Malaysia di bumi Palestin, ia akan mempunyai sebuah tadika, restoran, pejabat-pejabat NGO Malaysia.

“Di situ juga akan ada perniagaan inkubator, pusat advokasi, sebuah perpustakaan kecil dan turut mempunyai pusat buda­ya kita di bumi Palestin. Jadi ia akan melengkapi gerak kerja yang sepatutnya dilakukan NGO untuk memastikan Palestin bebas semula,” katanya.

Tambahnya, wisma tersebut akan menjadi platform dan memuatkan sekitar 200 NGO dari Malaysia yang menyalurkan ban­tuan di sana.

“Setakat ini kerjasama kita adalah di bawah MyAqsa Defen­ders di mana ia meliputi 18 buah NGO dan kami turut ada kerjasama dengan Aid for Palestine yang mempunyai sekitar 150 NGO dan khidmat ini akan diberikan kepada 200 NGO tempatan.

“Kita juga sentiasa mengalu-alukan pihak lain yang hendak masuk dan berada bersama-sama kami di sana walaupun pejabatnya sudah berada di tempat lain tetapi boleh berkoordinasi bersama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya