Warga emas maut motosikal ditunggangi terbabas - Utusan Malaysia

Warga emas maut motosikal ditunggangi terbabas

KEADAAN mayat Mohd. Daud Kaling selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dalam kemalangan di Jalan Kampung Telaga Mas, Paka, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, Mohd. Daud Kaling, 62, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan itu diperayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Limbong Paka, selepas berkunjung ke rumah anaknya di Kampung Telaga Mas di sini.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangI mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya