Wanita berjubah acu pisau, cuba rompak barang kemas

Wanita berjubah acu pisau, cuba rompak barang kemas

SEORANG wanita cuba merompak barang kemas di sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang juga suspek cubaan merompak sebuah kedai emas yang beroperasi di pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang berpakaian jubah serta memakai pelitup muka telah ke kedai emas berkenaan kira-kira pukul 4.45 petang dan berpura-pura ingin membeli barangan kemas, sebelum bertindak mengacukan sebilah pisau kepada pekerja yang melayaninya.

Beliau berkata, semasa kejadian suspek turut mengarahkan mangsa supaya memasukkan barang kemas ke dalam beg galasnya, namun tidak berjaya kerana rakan sekerja mangsa bertindak pantas menariknya sebaik sahaja menyedari insiden itu.

“Ketika melayani pelanggan seorang perempuan Melayu berpakaian jubah serta memakai pelitup muka untuk membeli emas, tiba-tiba suspek tersebut mengeluarkan sebilah pisau daripada beg galas lalu mengacukan pisau tersebut ke arah mangsa.

“Suspek menyuruh mangsa untuk memasukkan barang kemas ke dalam beg galas tersebut. Semasa kejadian, rakan sekerja mangsa melihat kejadian itu lalu menarik mangsa ke belakang kerana ketika itu mangsa dalam keadaan terkedu.

“Lalu suspek melarikan diri dan rakan sekerja mangsa meminta bantuan pekerja lelaki untuk mencari suspek tersebut, namun tidak menjumpainya. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada sebarang kerugian yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi lapan saat berhubung kejadian itu tular dalam laman sosial, sejak semalam.

Tambah Christopher, kes disiasat di bawah Seksyen 393 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak menggunakan senjata, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dalam musim cuti persekolahan. Elakkan daripada memberi peluang kepada penjenayah melakukan perbuatan jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya