Tragedi tanah runtuh: Operasi SAR berdepan cabaran

Tragedi tanah runtuh: Tanah lokasi ibarat ‘roti direndam air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki 12 mangsa tragedi tanah runtuh berdepan pelbagai cabaran khususnya terpaksa berhati-hati ekoran masih wujud aliran air bawah tanah tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kedudukan tanah lokasi kini diibarat ‘roti direndam dalam air’ sekali gus pihaknya terpaksa berhati-hati dalam misi pencarian.

Katanya, pasukan SAR terpaksa menghentikan misi serta-merta sekiranya hujan demi keselamatan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada berlaku pergerakan dan pemantauan sentiasa dilakukan membabitkan Jabatan Mineral dan Galian bagi memastikan keadaan itu tidak berlaku.

“Kita berhati-hati kerana aliran air menyebabkan kerja (SAR) terganggu. Malah tanah berselut dan aliran air masih berlaku.

“Kita berdepan cabaran untuk jejaki kedudukan sebenar mangsa, jadi kita buat anggaran ikut kedudukan perkhemahan dan pertemuan mangsa lain sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norazam memaklumkan, misi SAR hari kedua diteruskan melakukan pencarian membabitkan sektor B dan C yang merangkumi kawasan tanah perkhemahan.

Justeru, jelasnya, format pencarian semalam dilakukan untuk menjejaki baki 12 mangsa dengan melibatkan kerjasama 135 petugas pelbagai agensi dan dibantu tujuh anjing pengesan serta jentera.

“Kita gunakan dua unit pengerak ekoran kekebalan tanah antara 10-15 kaki persegi. Di samping itu, anjing diguna untuk membantu pencarian memadangkan haiwan ini mampu mengesan mangsa sama ada dalam air atau tanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN