HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan disahkan maut dalam tragedi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penemuan mayat kanak-kanak itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut adalah seramai 24 orang.
“Mangsa dijumpai di sektor A (Hillview),” katanya kepada pemberita di sini.
Setakat pukul 5.30 petang ini, sejumlah 24 orang meninggal dunia yang terdiri daripada lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan empat dewasa (lelaki).
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan. – UTUSAN