Tiga stesen minyak ditutup akibat banjir kembali beroperasi

Tiga stesen minyak ditutup akibat banjir kembali beroperasi

AZMAN Ismail (dua dari kanan)  memeriksa harga kawalan daging import  di sebuah pasar raya di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiga buah stesen minyak di negeri ini ditutup selama dua hari selepas ditenggelami banjir pada 18 Disember lalu kembali beroperasi sepenuhnya semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Azman Ismail berkata, penutupan itu susulan hujan lebat luar jangkaan yang menyebabkan stesen tersebut dinaiki air sekaligus gagal beroperasi.

“Stesen terlibat ialah Stesen Minyak Petron Tumpat dan Kampung Padang Melintang di Bachok manakala sebuah lagi adalah BHP di Kampung Padang Mokan, Melor.

“Ini adalah kejadian pertama berlaku selepas hujan lebat yang juga gelombang kedua banjir melanda negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas Tahun 2022 di Tunjong yang bermula hari ini sehingga 27 Disember.

Dalam perkembangan lain, Azman memberitahu, sebanyak 10 tan metrik melibatkan bantuan makanan keperluan asas untuk mangsa banjir diagihkan.

Katanya, agihan itu melibatkan seramai 511 ketua isi rumah di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

“Besar harapan kami agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir yang sedang berdepan dengan ujian,” ujarnya. –UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN