Kes Zara Qairina: JPN Sabah beri kerjasama penuh

Kes Zara Qairina: JPN Sabah beri kerjasama penuh

FADHLINA Sidek menziarah keluarga Zara Qairina di di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dalam siasatan kes kemalangan melibatkan seorang pelajar, Zara Qairina Mahathir, yang berlaku di sebuah sekolah di negeri itu.

JPN Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar dan keadilan dapat ditegakkan.

“Fokus utama JPN Sabah ketika ini adalah memastikan kesejahteraan keluarga murid terpelihara. 

“Kami telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga terlibat serta mengadakan beberapa siri ziarah cakna bagi menyantuni mereka dan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kes,” katanya.

Dalam usaha menyokong komuniti sekolah yang turut terkesan, JPN Sabah telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi melaksanakan intervensi krisis dan trauma di peringkat sekolah.

Katanya, langkah itu merangkumi penyediaan khidmat sokongan psikososial untuk murid, guru serta warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam insiden menyayat hati itu.

“JPN Sabah mendoakan agar seluruh ahli keluarga Zara Qairina diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu lagi.

“Setakat ini, siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN