Tiga pasangan kembar seiras terima ijazah USM - Utusan Malaysia

Tiga pasangan kembar seiras terima ijazah USM

TIGA pasangan kembar (dari kanan) Nuranis Qhaleeda dan Nuranis Qhaleezah Ahmad Pesal: Dhifa dan Dhika Marzuki serta J. Kalaaivahnny dan J. Kalaaivehnny bersama ijazah sarjana muda masing-masing dalam sidang akhbar di USM), George Town, Pulau Pinang semalam. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Tiga pasangan kembar seiras berkongsi kegembiraan bersama-sama selepas berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing dalam Upacara Konvokesyen Ke-60 Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Pasangan kembar itu terdiri daripada Dhifa dan Dhika Marzuki, 24, berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan dan Perancangan manakala Nuranis Qhaleeda dan Nuranis Qhaleezah Ahmad Pesal, 23, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Satu lagi pasangan kembar, J. Kalaaivahnny dan J. Kalaaiveyhny, 23, turut berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Berkongsi kegembiraan menerima Ijazah hari ini, Dhika berkata, dia dan adiknya tidak pernah berpisah sejak kecil, malah mereka berdua juga mempunyai minat serta citarasa sama dalam fesyen serta makanan.

”Saya dan adik hanya berbeza markah 0.01 pada Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sahaja ketika belajar yang mana saya memperoleh 3.45 CGPA manakala adik dapat 3.44.

”Sudah pasti saya dan adik sangat gembira kerana telah menggenggam ijazah bersama, malah kami juga telah bekerja bersama sebagai juruukur di syarikat milik keluarga di Cyberjaya,” katanya ketika ditemui di USM, di sini semalam.

Menurutnya, ketika belajar mereka juga sekelas dan sering menghabiskan masa bersama-sama kerana telah terbiasa sebegitu sejak kecil.

”Cuma ketika kami mengambil subjek melibatkan rekaan, kami perlu menghasilkan dua rekaan yang berlainan.

”Memang agak sukar kerana idea kami selalunya sama, namun dengan kerjasama berdua subjek ini berjaya ditempuh dengan cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, Nuranis Qhaleeda dan Nuranis Qhaleezah yang berasal dari Air Itam di sini berkata, meskipun mereka juga tidak pernah berpisah sejak kecil, namun cita rasa dalam fesyen dan makanan tidak sama.

”Pakaian yang kami kenakan hari ini untuk menerima ijazah adalah berbeza warna kerana minat kami berbeza, namun kami sering belajar bersama sehingga berjaya memperoleh ijazah dalam bidang perakaunan.

”Kami sangat gembira kerana dapat menempuh cabaran alam pengajian bersama dan kini kami bernasib baik kerana diterima di sebuah syarikat yang sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya