Tiada kes penipuan permohonan MyKad baharu mangsa banjir

Tiada kes penipuan permohonan MyKad baharu mangsa banjir

RUSLIN Jusoh (kanan) beramah mesra dengan kakitangannya yang terjejas banjir di Pejabat JPN, Tumpat Kelantan hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada kes penipuan melibatkan mangsa banjir yang memohon untuk menggantikan MyKad baharu sepanjang musim banjir yang berlaku minggu lalu khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JPN mewajibkan setiap permohonan menggunakan cap jari sebagai pengecaman berdasarkan rekod yang ada dalam sistem sebelum ini.

“Jadi, tidak timbul sebarang penipuan melibatkan individu yang terjejas banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang datang bagi menggantikan permohonan MyKad baharu setakat ini.

“Kita dapati jumlah permohonan bagi menggantikan MyKad baharu akibat banjir juga sudah berkurangan berikutan kesedaran rakyat sendiri sebelum dan semasa berlaku musibah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Kepada Kakitangan JPN di Pejabat JPN daerah, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Ruslin menyampaikan bantuan kepada seramai 22 orang kakitangan JPN Kelantan yang terjejas banjir baru-baru ini.

Ruslin memberitahu, kakitangan JPN sentiasa peka dan meneliti setiap permohonan penggantian MyKad baharu bagi mengelak sebarang kes penipuan.

Katanya, setakat ini, mangsa banjir dan individu yang benar-benar mengalami masalah berkaitan MyKad memohon penggantian kad pengenalan baharu.

Dalam perkembangan lain, menurut Ruslin, sebanyak 59 pusat cetak MyKad berada di seluruh negara dan perkhidmatan terus diberikan selama masa 30 minit.

“Bagi pejabat JPN yang ketiadaan mesin cetak, kita akan memproses MyKad dalam masa tiga hari. Kita akan menambah baik proses mencetak MyKad kepada tempoh yang lebih singkat,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.