‘Saya tak pasti pengadu hantar gambar lucah kepada Ebit Lew’ - Utusan Malaysia

‘Saya tak pasti pengadu hantar gambar lucah kepada Ebit Lew’

FIRDAUS Wong Wai Fung semasa hadir sebagai saksi perbicaraan kes Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: “Saya tidak pasti adakah itu gambar lucah pengadu atau orang lain”.

Itu keterangan saksi, Firdaus Wong Wai Fung, 39, semasa menjawab soalan pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.

Firdaus memberitahu mahkamah bahawa pengadu (identiti tidak didedahkan) tidak pernah memberitahu kepadanya mengenai gambar lucah yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada tertuduh, Ebit Lew.

“Saya juga tidak bertanya kepada pengadu dan ini kali pertama saya melihat gambar (lucah) tersebut.

“Saya pun tidak boleh pastikan adakah itu gambar lucah pengadu atau orang lain,” katanya.

Semasa merujuk gambar wajah wanita yang dilampirkan sebagai bukti, Firdaus menyatakan gambar itu mirip dengan pengadu.

Menurutnya, beliau tidak boleh menjawab gambar yang ditunjukkan adalah pengadu kerana beliau tidak pernah melihat menerusi gambar atau secara bersemuka raut wajah pengadu seperti yang ditunjukkan.

Malah, saiz wajah yang ditunjukkan juga hampir sama dengan wajah pengadu.

Terdahulu, peguam mewakili Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, bertanya kepada Firdaus jika pengadu ada memberitahu bahawa dia turut menghantar gambar lucahnya kepada tertuduh.

Saksi memberitahu mahkamah bahawa pengadu tidak ada memberitahu tentang perkara tersebut.

Malah, Firdaus juga menjawab tidak pasti semasa pihak pembelaan bertanya jika saksi mengetahui bahawa dalam laporan pengadu, dia dan Ebit saling berhubung sejak Mac hingga 10 Julai tahun lalu.

Proses memberi keterangan dan pemeriksaan balas oleh saksi telah selesai maka, Firdaus dibebaskan sebagai saksi pihak pendakwaan bagi kes ini.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Justeru, Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya