Saya hormati keputusan PM - Mohd. Na’im

Saya hormati keputusan PM – Mohd. Na’im

MOHD. Na’im Mokhtar ketika berucap merasmikan Munaqashah Sekretariat Dakwah Korporat Jakim di Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Kuasa pelantikan itu (timbalan menteri) di bawah Perdana Menteri dan saya menghormati apa diputuskan,” jawab Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar secara spontan.

Penjelasan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini ternyata menunjukkan beliau menerima dengan hati terbuka isu ketiadaan timbalan bagi portfolio itu.

Malahan, beliau yang menjadi tumpuan media dalam satu program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini kelihatan tenang apabila ditanya isu panas tersebut.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 27 timbalan menteri Kerajaan Perpaduan untuk semua kementerian kecuali portfolio hal ehwal agama dan perpaduan.

Bagaimanapun, Mohd. Na’im ketika disoal lanjut memaklumkan bahawa beliau sendiri tidak tahu-menahu berhubung kenapa tiada sesiapa dilantik bagi mengisi jawatan berkenaan.

“Wallahu a’lam (hanya Allah lebih mengetahui), memang tiada sebarang pemberitahuan dan ia pun hak Perdana Menteri sendiri,” katanya apabila ditanya adakah beliau dimaklumkan mengenai ketiadaan timbalan.

Terdahulu, beliau merasmikan Munaqashah Sekretariat Dakwah Korporat Jakim 2022 di Hotel Palm Garden yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.