Sanusi kecam pengundi minta wang untuk balik mengundi

Sanusi kecam pengundi minta wang untuk balik mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berang apabila terdapat segelintir penyokong dan pengundi mereka yang mengharapkan ‘duit tambang’ untuk pulang mengundi.

Menteri Besar itu berkata, perbuatan tersebut amat memalukan kerana penyokong parti lawan khususnya Pakatan Harapan (PH) ujar beliau, tidak pernah meminta walau 10 sen daripada parti.

Malah katanya, pengundi PH sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara bagi menunaikan tanggungjawab mereka kerana tahu kepentingan setiap undi.

“Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta. 

“Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (anda) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu. Kawan tu balik habis puluh ribu, sekupang dia tak minta pasai dia tau penting tanah ini untuk dikuasai.

“Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Negeri ini orang nak amik dah,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah PN Padang Serai, di sini.

Muhammad Sanusi berkata, sikap berkira tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan pengundi PN.

“Ini tidak lagu (macam) kita ni, patutlah kita kena jajah teruk, patut kemenangan kita dirampas begitu sahaja pasai (kerana) kita ini bangsa berkira.

“(Ada pengundi PH) balik daripada Australia satu keluarga RM40,000 berhabis, dia undi PH, bukan duduk sini pun tak berkira pun, tak ada buat video apa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.