Roziah tidak harap sertai Kabinet - Utusan Malaysia

Roziah tidak harap sertai Kabinet

Rodziah Kabinet
RODZIAH Ismail tidak berharap untuk menyertai Kabinet sebagai Timbalan Menteri ketika ditemui di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, hari ini. -UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Saya tidak berharap apa-apa (sertai Kabinet) dan hanya mahu kekal fokus meneruskan tugas sebagai Exco di Selangor”.

Demikian kata Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail mengulas ura-ura kemungkinan bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, keputusan itu terserah sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan ketetapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Prinsip saya mudah iaitu sudah memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar dengan memenangi kerusi Parlimen Ampang.

“Kini, saya kembali menumpukan tanggungjawab sebagai Exco dan turut tidak mengharapkan jawatan lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Cabutan Undian Unit dan Menandatangani Penyerahan Hartanah kepada 26 bekas pemain bola sepak Selangor di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Tambah Rodziah yang juga Ahli Parlimen Ampang, beliau turut bersedia memberi peluang kepada tokoh lain untuk membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang penting kini adalah memberi sokongan padu dan jitu kepada kerajaan baharu untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Bagi saya, isu jawatan tidak timbul malah kita perlu terus bergerak ke hadapan bagi memajukan lagi negara ke arah lebih baik,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, penyandang kerusi Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin gagal mempertahankan kerusinya atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Kerusi itu kekal dipegang PH menerusi kemenangan Rodziah Ismail dengan majoriti sebanyak 29,681 undi.

Beliau mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Sasha Lyna Abdul Latiff (27,073); Ivone Low Yi Wen (BN) (11,509); Dr Nurul Ashikin (Pejuang) (2,653) dan Bryan Lai (Warisan) (1,423).

Turut tewas, tiga calon bebas iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd. Yunos, M. Raveen dan Tan Hua Meng yang masing-masing mendapat kurang 200 undi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya