Remaja OKU hilang lebih sebulan tanpa khabar berita - Utusan Malaysia

Remaja OKU hilang lebih sebulan tanpa khabar berita

MUHAMAD FAIZ ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang remaja hilang di kawasan hutan Felcra Weng, Kampung Memali, di sini pada 10 November lalu dan masih belum ditemukan sehingga ke hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, remaja terbabit, Muhammad Faiz Ismail, 17, merupakan pelajar di Pusat Pemulihan Al Barakah Sufi Al Fata di Kampung Ubi, Memali.

“Remaja berstatus orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah lembam itu hilang bersama tiga lagi rakannya sekitar pukul 8.30 pagi hari kejadian, namun, rakan-rakannya itu berjaya ditemukan pada hari sama.

“Kehilangan mangsa dilaporkan guru di pusat pemulihan itu kepada pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengesan kesemua mereka yang hilang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Shamsudin, anggaran ketinggian mangsa kira-kira 152 sentimeter dengan bentuk badannya yang sederhana serta berkulit hitam manis dan rambut pendek.

“Jika ada sebarang maklumat boleh salurkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling di talian 04-4708222 atau 013-6840753.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Mohd. Jamil Mat Daud berkata, pihak pengurusan di pusat itu berusaha mencari keempat-empat mangsa bersama penduduk kampung sebelum berjaya menemukan tiga daripadanya dalam ladang kelapa sawit.

“Namun, remaja OKU itu tidak berjaya ditemukan. Pusat Kawalan Bomba kemudiannya memohon bantuan keanggotaan tambahan daripada Unit MUST dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mencari mangsa tetapi turut tidak berhasil.

“Kali terakhir ada saksi yang ternampak mangsa berada di jalan alternatif menuju ke Kampung Tanjung Pari,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya