Remaja ditahan bantu siasatan kes samun RM500,000 - Utusan Malaysia

Remaja ditahan bantu siasatan kes samun RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun berjumlah RM500,000 di Kampung Paya Bemban di sini semalam.

Remaja tersebut ditahan dalam serbuan pukul 3.30 petang di sebuah rumah di Kampung Paya Bemban bersama dua lagi lelaki masing-masing berusia 23 dan 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, sebelum itu pihaknya menemukan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV milik mangsa yang dilarikan ketiga-tiga suspek pada pukul 1 petang.

Menurutnya, SUV tersebut ditinggalkan oleh ketiga-tiga suspek di tepi jalan dekat Kampung Sireh di sini.

“Saringan awal ujian air kencing yang dilakukan ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dadah.

“Pada masa sama, mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, seorang wanita yang merupakan peniaga kedai makan mengalami kerugian sebanyak RM500,000 apabila rumahnya di Kampung Paya Bemban di sini dipecah masuk dua lelaki.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun berada di rumahnya seorang diri sebelum menyedari dua lelaki masuk melalui bahagian siling rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.