Razman dipilih ketua pembangkang Perak

Razman dipilih ketua pembangkang Perak

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dipilih oleh pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Perkara itu dinyatakan pada hantaran dalam Facebook beliau semalam.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PN Perak menang 26 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 24 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) menang sembilan kerusi.

PH dan BN membentuk kerajaan negeri dengan ADUN Kota Tampan dari BN, Datuk Seri Saarani Mohamad  dipilih sebagai menteri besar.

Sementara itu, Razman berkata, pembangkang akan memainkan peranan bagi memacu kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Menurutnya, pembangkang mahu kerajaan negeri memastikan kebajikan dan masalah rakyat sentiasa diberi fokus utama.

“Pada sidang DUN yang akan bermula pada 19 Disember, perkara itu menjadi salah satu keutamaan kita agar rakyat tidak terus terbeban.

“Kita juga ingin mengetahui apakah rancangan kerajaan dalam penyelesaian bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi termasuk bekalan telur yang kurang di pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis kesyukuran PN DUN Kuala Kurau, di sini hari ini.

Menurut Razman, mereka ingin melihat apa langkah atau bantuan kerajaan terhadap golongan pesawah, petani, peladang dan nelayan termasuk golongan B40.

Beliau berkata, ini bagi memastikan taraf hidup golongan itu mencapai tahap sara hidup yang lebih selesa.

“Kita akan memainkan peranan sebagai kumpulan semak dan imbang supaya kerajaan peka terhadap kos sara hidup yang kian meningkat.

“Begitu juga terhadap golongan pesawah, petani, peladang dan nelayan yang sedang menghadapi kos input yang meningkat hingga golongan ini sentiasa terbeban,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya