Rais seru senator perkasa Reformasi Institusi Parlimen

Rais seru senator perkasa Reformasi Institusi Parlimen

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyeru semua senator agar meneliti kembali senarai tugas kolektif untuk Indeks Capaian Utama masing-masing mulai tahun hadapan.

Beliau dalam kenyataan media hari ini, berharap agar semua senator memperkasakan kembali Reformasi Institusi Parlimen yang telah diusahakan hampir setahun setengah sebelum ini.

Jelasnya, usaha berkenaan menumpukan dua akta penting yang memerlukan pindaan iaitu Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan Akta Kuasa dan Keistimewaan Majlis Parlimen 1952.

“Satu-satunya hal yang baik bagi kita peringati ialah bahawa para senator yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri adalah juga juara terbaik bagi membela dan menegapkan institusi Senat sebagai Badan Legislatif tertinggi negara kita,” katanya.

Sementara itu, empat daripada 28 jemaah menteri yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi menganggotai Kabinet selamat mengangkat sumpah di hadapan Rais sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

Mereka adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar) dan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar (Menteri Agama).

Rais dalam ucapan berkata, Majlis Mengangkat Sumpah hari ini dibuat selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat (4)(1) dan 4(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan mengikut Jadual Keenam, Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, syarat yang dikenakan di bawah Perkara 43 (2)(b), Perlembagaan Persekutuan juga turut dipenuhi yang menyatakan seseorang menteri hendaklah menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Terdahulu, Rais dalam ucapan ringkas tersebut turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya berharap agar Malaysia akan terus dipacu kecemerlangannya di bawah pentadbiran beliau.

“Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Perdana Menteri Ke-9 atas sumbangan dan budi yang dicurahkan sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan perlantikan dua Timbalan Perdana Menteri dan 28 jemaah menteri bagi menerajui kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya