PPS dinaiki air, 750 manga banjir dipindahkan - Utusan Malaysia

PPS dinaiki air, 750 manga banjir dipindahkan

ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau yang dinaiki air ke PPS SK Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Kira-kira 750 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau, dekat sini, terpaksa dipindahkan setelah PPS tersebut dinaiki air, pagi tadi.

Operasi pemindahan kesemua mangsa ke PPS di SK Felda Kerteh 3, di sini dilakukan pasukan penyelamat melibatkan anggota Polis DiRaja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung menggunakan kira-kira 20 buah bot.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Durian Mentangau, Mohd. Suhaimi Shamsudin berkata, penduduk kampung tersebut berpindah ke PPS pertama di SK Durian Mentangau selepas kediaman masing-masing dinaiki air ekoran limpahan Sungai Paka sejak Ahad.

“Awal pagi tadi air mula melimpah ke kawasan PPS sehingga hampir tiga meter. Kita ambil keputusan untuk pindahkan kesemua mangsa sebab bimbang berlaku banjir lebih buruk,” katanya yang turut memberitahu bekalan air dan elektrik di PPS itu turut terputus sejak semalam.

Mohd Suhaimi berkata, mangsa banjir dibawa menaiki bot sejauh dua kilometer ke kawasan darat sebelum dibawa menaiki lori ke PPS baharu di SK Felda Felda Kerteh 3 di kampung bersebelahan yang terletak kira-kira kira-kira 10 kilometer.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Aminah Ismail, 68, berkata, dia yang tinggal bersama empat anak dan tiga cucu terpaksa berpindah selepas kediamannya dimasuki air.

“Banjir kali ini lebih buruk daripada 2014. Sebelum ini mak cik tak pernah pindah sebab rumah tak banjir, hanya kawasan sekitar sahaja yang dinaiki air.

“Kali ini, mak cik tiada pilihan, perlu pindah sebab air dah masuk paras betis dalam rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya