Polis terima 220 laporan penipuan pelaburan Zuttelo

Polis terima 220 laporan penipuan pelaburan Zuttelo dengan kerugian RM84.57 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 220 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara berhubung skim penipuan pelaburan Zuttelo sejak Ogos lalu.

Hasil laporan yang dibuat, sebanyak RM84.57 juta kerugian direkodkan membabitkan kesemua mangsa.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saadudin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak tahun 2020.

Kata beliau, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat berkenaan ditutup sekitar bulan Ogos 2022.

“Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan bernilai RM2,777 (AS$630) hingga RM55,994 (AS$12,700).

“Setiap pelabur dijanjikan pulangan minima sebanyak 16.5 peratus setiap bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Noorsiah, pelabur yang berminat perlu mendaftarkan diri menerusi satu laman web dan diberi pilihan untuk melabur dalam bentuk tunai atau mata wang kripto.

“Sehubungan itu, siasatan giat dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan lebih terperinci dari sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum menyertai sebarang pelaburan.

Isnin lalu, lebih 10,000 mangsa dipercayai telah diperdaya sindiket pelaburan berkenaan dengan jumlah kerugian mencecah RM3 bilion.

Sindiket pelaburan Zuttelo dilapor menyasarkan mangsa berbangsa Cina termasuk warga emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya