Polis rampas telefon pengadu dalam perbicaraan kes Ebit Lew

Polis rampas telefon pengadu dalam perbicaraan kes Ebit Lew

NORFAZLIYANI Zolkapeli semasa hadir sebagai saksi perbicaraan kes Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Telefon bimbit milik pengadu dalam kes perbicaraan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew telah dirampas bagi membantu siasatan.

Saksi kelima pendakwaan, Asisten Superitendan Norfazliyani Zolkapeli membertiahu mahkamah bahawa rampasan telefon bimbit milik pengadu iaitu seorang wanita berusia 42 tahun itu dilakukan pada 7 Ogos 2021, pukul 4.30 petang.

Beliau berkata, rampasan telefon bimbit tersebut dilakukan atas arahan pegawai penyiasat, Deputi Superitendan Noor Asyikin Shamsuri di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Bukit Aman.

“Pengadu telah menyerahkan sebuah telefon bimbit berjenama Samsung Galaxy A31 berwarna biru, satu kad sim dan satu kad memori telefon berjenama Samsung Evo Plus.

“Kemudian saya buat senarai barang rampasan pada borang pemeriksaan dan meminta pengadu menandatangani borang berkenaan. Saya turut menandatangan borang yang sama sebelum membuat laporan polis berdasarkan rampasan yang dilakukan,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurut saksi, selepas beliau membuat laporan polis, barang rampasan kes serta borang pemeriksaan kemudiannya diserahkan kepada Noor Asyikin selaku pegawai penyiasat kes berkenaan.

Selain merampas barang kes, Norfazliyani juga turut diarahkan oleh pegawai penyiasat iaitu Noor Asyikin untuk merakam percakapan seorang kakitangan syarikat LGMS, iaitu syarikat yang berperanan menyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional.

Walau bagaimanapun, beliau tidak membuat rakaman percakapan semasa berkunjung ke syarikat LGMS pada 30 November lalu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad turut meminta saksi membuat pengecaman terhadap pengawai penyiasat, Noor Asyikin dan pengadu selaku pemilik telefon yang dirampas.

Sejak perbicaraan bermula pada 27 September lalu, lima saksi pendakwaan telah dipanggil dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim,37.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Maka, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.