PN tak main politik perkauman dan keagamaan - Sanusi - Utusan Malaysia

PN tak main politik perkauman dan keagamaan – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (kanan) dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Batu 18, Jitra. -UTUSAN/MOHD RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) berjaya menambat hati pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan sentimen perkauman dan keagamaan sempit disangkal Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, segala yang diperjuangkan setiap parti dalam PN juga sama sekali tidak melanggar undang-undang negara serta selari dengan perlembagaan parti-parti berkenaan seperti diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Justeru katanya, beliau yakin tiada apa yang salah dengan kempen dijalankan PN dalam PRU15 hingga memerlukan mana-mana pihak mempertikaikan tsunami Melayu yang memberikan sokongan kepada PN.

“Sebagai contoh Pas ini memang namanya Parti Islam Semalaysia. Maka kami bukan permainkan isu agama sebaliknya kita perjuangkan agama dan perkara itu memang selari dengan nama parti ini.

“Kalau Parti Amanah Negara (Amanah) kami tak tahulah mereka perjuangkan apa? Barisan Nasional (BN) pun apa yang diperjuangkan mereka kerana nampaknya sebelum ini mereka maki Pakatan Harapan (PH) dan DAP tetapi pada akhirnya berkawan semula.

“Bagi saya perjuangan BN dan PH sudah hancur. Yang kekal berada di atas garis perjuangan seperti termaktub perlembagaan parti masing-masing hanyalah parti yang mendokong perjuangan PN dan tiada perkara pelik serta harus dipersoalkan berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Batu 18 di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas mengulas dakwaan pemimpin Amanah dan UMNO yang menyifatkan kekalahan PH di Padang Serai disebabkan gelombang yang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit sekali gus menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara faktor sebenar yang membawa kepada sokongan besar orang Melayu kepada PN adalah rasa hilang percaya terhadap parti-parti lawan yang ‘bercakap tidak serupa bikin’.

“Mereka cakap macam lain, buat macam lain. Sebab itulah orang tak percaya kepada parti-parti tersebut dan memilih PN.

“Kami sebaliknya tetap dengan garis perjuangan parti dan menawarkan perkara paling diperlukan di negara ini iaitu prihatin, bersih dan stabil. Kerana itulah orang ‘mari’ kepada PN,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.