Paling malang dapat pasangan yang bersikap narsisistik - Syifa Melvin - Utusan Malaysia

Paling malang dapat pasangan yang bersikap narsisistik – Syifa Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin mengingatkan wanita supaya tidak terlalu terdesak untuk berkahwin kerana bimbang berdepan pasangan yang salah dalam rumah tangga.

Syifa atau Nurul Syifa Athirah Amirol Melvin , 32, kehidupan seorang wanita boleh menjadi lebih menyedihkan apabila tersilap memilih pasangan hidup, lebih-lebih lagi jika berdepan individu yang bersikap narsisistik.

“Sebenarnya, perempuan ini sedih sangat nasibnya kalau dapat pasangan hidup yang salah. Semua pasangan memang tidak sempurna, tetapi paling malang bila dapat pasangan yang bersikap narsisistik.

“Lagi malang apabila keluarga mentua sedar perkara itu berlaku, tetapi masih menyalahkan pihak perempuan atas setiap perkara buruk yang terjadi,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam masa sama, Syifa turut menasihatkan individu yang masih bujang supaya tidak terlalu bersedih jika belum bertemu jodoh.

“Saya selalu pesan kepada kawan-kawan yang masih bujang. Saya pesan supaya tidak perlu sedih kalau tidak berkahwin lagi.

“Menikmati hidup ketika bujang tidak salah kerana lebih menyedihkan jika berkahwin dengan orang yang salah. Perkahwinan ini sebenarnya seperti mempertaruhkan nasib sendiri, lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak,” katanya.

Terdahulu, adiknya, Syida Melvin, mendedahkan bahawa suaminya, Syafiq Shaheen didakwa mempunyai tunggakan hutang melibatkan syarikat perniagaan mereka sehingga membuatkan dirinya berasa teraniaya.

Hantaran Syifa tersebut pula turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersetuju dengan pandangannya mengenai pentingnya memilih pasangan hidup yang tepat sebelum mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN