Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas RM700 

Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas RM700 

MOHD. Shukri Ramli membentangkan Bajet 2023 Perlis di Kompleks DUN Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri ini bermula dari Gred 54 ke bawah. 

Bayaran bagi bantuan tersebut akan disalurkan kepada semua penjawat awam pada Januari ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pemberian berkenaan adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam negeri ini yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

“Semoga bantuan khas kewangan ini mampu memberikan suntikan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa hadapan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Kompleks DUN di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM68.24 juta untuk tahun 2023 bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi kepada semua rakyat.

Katanya, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM66.88 juta adalah pinjaman daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf tiga Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Timah Tasoh, LRA Arau Fasa I, II dan III serta LRA Arau Fasa IV.

“Selain itu, kerajaan negeri juga telah menyediakan sebanyak RM1.35 juta bagi meneruskan program penggantian paip-paip lama yang telah usang bagi menambah baik sistem retikulasi dan bekalan air di seluruh negeri ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN