Pelantikan Ahmad Zahid sebagai TPM ikut hierarki - Ahmad Maslan

Pelantikan Ahmad Zahid sebagai TPM ikut hierarki – Ahmad Maslan

AHMAD Maslan ketika berceramah di Pianggu di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Semua pihak perlu menghormati keputusan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana ia wajar dan berdasarkan hierarki parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelantikan Ahmad Zahid penting demi kestabilan kerajaan sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.    

“Kita mengikut hierarki parti, hierarki jawatan dalam parti itu memberikan kestabilan kepada UMNO dan memberikan kestabilan kepada kerajaan yang ada. 

“Jika kita memberikan kepada orang lain selain daripada Presiden UMNO, kestabilan itu agak tercabar,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ceramah umum di Pianggu di sini semalam.

Mengulas barisan Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad mengakui ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Beliau berkata, kritikan terhadap Kabinet itu adalah perkara biasa dan masih ada ruang untuk ditambah baik demi kebaikan kepada rakyat. 

“Tidak pernah satu Kabinet pun yang tak menerima kritikan, sudah berapa banyak kali kita melihat mana ada satu perkara yang 100 peratus sempurna, mesti ada pihak tidak bersetuju di sana sini. 

“Bagaimanapun secara keseluruhannya pada pandangan saya, Kabinet itu boleh berfungsi dengan baik kerana dia mengambil komposisi-komposisi yang sesuai wakil daripada BN-PH-GPS-GRS (dan) wakil parti kecil,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.