Naib Presiden UPKO sedia galas tanggungjawab

Naib Presiden UPKO sedia galas tanggungjawab sebagai anggota Kabinet Persekutuan

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua ahli Parlimen Sabah dilantik dalam barisan Kabinet kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick diumumkan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

Ewon, yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, beliau bersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi pembangunan keusahawanan di negara ini.

“Menjadi salah seorang daripada dua wakil menteri dari Sabah, saya akan cuba membawa isu berkaitan rakyat Sabah.

“Saya bersedia bekerja dengan rakan-rakan dalam Jemaah Kabinet bagi mencari penyelesaian berkaitan isu dan hak-hak Sabah,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut katanya, beliau juga akan memberi perhatian kepada isu dan masalah di kawasan yang diwakilinya iaitu Penampang dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang memerlukan pembangunan di bawah kerajaan baharu.

Jelas beliau, diharap pembentukan Kabinet baharu itu akan membolehkan pembangunan di negara ini dilakukan secara bersama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya