MHO bantu tuntut hak pemilikan tanah

MHO bantu tuntut hak pemilikan tanah

JERRY Jaimeh (dua kanan) bersama Goefle Joseph dan penduduk Skim Peneroka Madai Baturong mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat Urusetia Daerah Kunak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) akan membantu penduduk kampung yang tertindas bagi mendapatkan hak pemilikan tanah sehingga ke mahkamah.

Penyelaras MHO Sabah, Jerry Jaimeh berkata, berdasarkan kes yang dikendalikan setakat ini, kes tuntutan tanah di Kampung Niatang, Pitas berkemungkinan besar akan dituntut sehingga ke mahkamah kerana kegagalan kerajaan memberikan hak pemilikan tanah sepenuhnya kepada Orang Asal di situ.

Beliau berkata, daripada 395 ekar tanah yang dipohon, penduduk kampung ditawarkan 183 ekar untuk penempatan bercucuk tanam.

Namun, disebabkan tanah perkuburan nenek moyang mereka berada di setiap lot ta­nah yang diduduki, penduduk kampung tidak sanggup me­ninggalkan tanah perkuburan tersebut.

Justeru, tawaran yang diberikan ditangguhkan sementara waktu untuk membolehkan kajian dilakukan oleh pihak MHO.

“Hak pemilikan tanah yang dihuni dan diusahakan penduduk kampung itu telah diberikan oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda) kepada penduduk kampung.

“Kini, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) hanya menawarkan sebahagian tanah sahaja.

“Maka, peguam MHO akan menilai kes ini dan kami tidak tolak kemungkinan akan bawa kes ini ke mahkamah tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

PENOLONG Juruukur Penolong Pemungut Hasil Tanah Kunak, Smith Lewas (kiri) menerima surat Permohonan temu janji daripada Jerry Jaimeh (kanan) di Pejabat PPHT, Kunak

Bagi kes di Kampung Sinompuru, Sungai Simpang, Sandakan pula, tanah diduduki telah menjadi milik sebuah syarikat dan kerja-kerja meraduk tanah telah ditangguhkan sementara waktu.

Malah, kerajaan juga telah menawarkan tanah baharu namun, kawasan itu tidak sesuai untuk didiami.

Justeru, perbincangan akan dilakukan antara MHO, wakil penduduk dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) bagi mencari penyelesaian terbaik bagi membantu penduduk yang dihalau oleh pihak syarikat berkenaan.

 

 

MHO membantu memberi khidmat nasihat guaman kepada penduduk kampung yang tertindas kerana ramai penduduk di Sabah terutama Orang Asal tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang dan tidak mampu membayar kos guaman yang tinggi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN