MFGA kukuhkan rangkaian industri pelancongan negara

MFGA kukuhkan rangkaian industri pelancongan negara

PARA peserta grand final MFGA bergambar sebelum memulakan kejohanan di Horizon Hill Golf & Country Club, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) yang ditubuhkan kira-kira 40 tahun lalu terus memainkan peranan penting dalam mewujudkan rangkaian perhubungan antara pemain industri pelancongan domestik dan antarabangsa.

Ini terbukti dengan kejayaan acara kejohanan golf Grand Final MFGA yang berlangsung di Forest City Golf Resort dan Horizon Hill Golf & Country Club, Johor Bahru, baru-baru ini dengan penyertaan lebih 100 pemain yang terdiri daripada ahli-ahli MFGA, penaja dan jemputan.

Daripada jumlah itu, seramai 20 pemain adalah peserta dari luar negara seperti Thailand, Taiwan, Korea dan Vietnam. 

ANTARA peserta Korea, Taiwan dan Vietnam yang memeriahkan grand final MFGA.

Menurut Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali, melalui platform golf, MFGA berperanan mewujudkan hubungan antara pemain industri dengan pihak kementerian pelancongan dan juga untuk pelanggan MFGA. 

Katanya, merangkumi ketiga-tiga sasaran itu, MFGA percaya dan yakin usaha mewujudkan gabungan pelancongan antara Malaysia dengan negara-negara luar mampu direalisasikan.

“Pada masa akan datang, MFGA juga merancang untuk bergabung dalam Pertubuhan Pelancongan Golf Antarabangsa (IGTO). 

“Dengan menyertai gabungan ini, ahli-ahli MFGA dapat mempromosi industri golf dalam negara sekali gus menggalakkan industri pelancongan domestik,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Horizon Hill Golf & Country Club.

ZULKIFLI Mohd. Razali bersama juara Order Of Merit, Dzulkarnain Baharudin.

Menurut Zulkifli, melalui penyertaan dalam IGTO, ahli-ahli MFGA juga dapat mempelajari dengan negara-negara luar seperti Australia, Thailand dan lain-lain negara bagaimana untuk memperkembangkan industri pelancongan golf di Malaysia dengan menganjurkannya secara lebih profesional. 

Sementara itu, mengulas mengenai grand final MFGA, Zulkifli berkata, kejohanan akhir tersebut adalah kali pertama dianjurkan di luar Lembah Klang selepas beberapa pusingan kelayakan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, pihak MFGA memilih Johor kerana di negeri ini terdapat banyak padang-padang golf yang cantik dan menarik selain turut membantu mempromosi pelancongan Johor kepada peserta luar negara yang menyertai kejohanan grand final MFGA kali ini.

“Sebenarnya kejohanan golf ini adalah satu platform untuk kita mewujudkan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain industri pelancongan antara Malaysia dan negara-negara luar seperti Korea, Vietnam, Taiwan dan Singapura,” ujarnya.

AHLI-AHLI MFGA bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang grand final di Horizon Hill Golf & Country Club.

Dalam kejohanan Grand Final yang berlangsung selama dua hari itu, Mustaffa Kamal Ab. Wahab muncul juara bagi Medal A kategori ahli MFGA dengan mengumpul 80 mata, diikuti naib juara, Dzulkarnain Baharudin (76 mata) dan tempat ketiga, Mokhtaruddin Dahiri (75).

Dzulkarnain yang juga turut diumumkan sebagai pemenang Order Of Merit selepas 1,930 mata diikuti Ahmad Johanif Mohd. Ali dengan kutipan 1,720 mata.

Sementara bagi Medal B kategori ahli MFGA dimenangi oleh Zulkamal Abdullah dengan 85 mata, manakala tempat kedua Rathakrishnan (72 mata) dan ketiga Syed Farieh juga 72 mata.

Manakala bagi kategori jemputan pula juara menjadi milik Vincent Lee Weng Sun selepas mengumpul 43 mata, dan naib juara dirangkul Ismadi Manap dengan 39 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya