Mayat kanak-kanak ditemukan, operasi mencari 8 lagi mangsa diteruskan - Utusan Malaysia

Mayat kanak-kanak ditemukan, operasi mencari 8 lagi mangsa diteruskan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa tanah runtuh yang hilang di Father's Organic Farm (FoF) diteruskan hari ini selepas seorang kanak-kanak perempuan ditemukan pukul 11.15 malam tadi. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkkemahan Father’s Organic Farm (FOF) di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang memasuki hari keenam disambung pagi ini.

Operasi yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dimulakan pada pukul 8 pagi.

Operasi SAR berkenaan disambung selepas pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat ke-25 yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan 11.15 malam tadi.

Mayat kanak-kanak perempuan berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun operasi mencari lapan lagi mangsa yang hilang dihentikan sekitar pukul 12 tengah malam tadi sebelum disambung semula pagi ini.

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkhemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi.

Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya