Mangsa banjir di Terengganu tinggal 1,438 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu tinggal 1,438 orang

ANGGOTA sukarelawan membantu membersihkan barangan penduduk yang ditenggelami air di Kampung Durian Mentangau, Paka, Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Banjir di Terengganu hampir pulih apabila jumlah mangsa yang masih terjejas terus berkurangan kepada 1,438 orang daripada 385 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Ketika ini, hanya 12 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah iaitu lima di Besut, Kuala Nerus (empat), Kuala Terengganu (dua) dan Marang (satu).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, mangsa tertinggi ialah di daerah Kuala Nerus iaitu seramai 1,090 orang daripada 312 keluarga diikuti Besut (183 orang daripada 51 keluarga).

“Di Kuala Terengganu pula, mangsa ialah seramai 89 orang daripada 21 keluarga manakala di Marang masih kekal melibatkan satu PPS untuk 76 orang penghuni madrasah,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Cuaca pagi ini diramal baik dan cerah di kebanyakan kawasan di Terengganu.

Sementara itu, mangsa banjir yang telah pulang ke rumah dari PPS pula terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya