MAIWP rai 100 pasangan pengantin asnaf, mualaf Januari depan

MAIWP rai 100 pasangan pengantin asnaf, mualaf Januari ini

PENGERUSI MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar beramah mesra bersama bakal pengantin selepas pelancaran Karnival MAIWP di sebuah hotel d ibu negara semalam -UTUSAN.Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 100 pasangan pengantin dalam kalangan asnaf dan mualaf diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Karnival MAIWP 2023 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Naurah Care Malaysia (Naurah Care).

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan MAIWP bagi menganjurkan keseluruhan karnival berkenaan termasuk menanggung perbelanjaan majlis Walimatul Urus Perdana tersebut yang diadakan 28 dan 29 Januari depan, bertempat di Dataran Merdeka, dekat sini.

Selain Majlis Walimatul Urus Perdana, antara program menarik adalah penyampaian anugerah kepada Ikon Usahawan Asnaf dan Ikon Pendidikan Asnaf MAIWP.

MAIWP RUN yang diuruskan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP bermula pukul 7 pagi pada hari kedua karnival. Peserta boleh memilih secara santai atau berlari sejauh tiga atau lima kilometer.

Karnival tersebut turut menampilkan pembukaan 100 reruai usahawan asnaf, pempengaruh, selebriti, anak-anak syarikat MAIWP dan agensi yang terlibat dalam Karnival Usahawan & Pendidikan.

Karnival MAIWP 2023 juga diserikan dengan persembahan hiburan artis nasyid popular antaranya Raihan, Rabbani, In Team, Aydan dan Nada Murni 2 dimana mereka dibawakan khas dengan inisiatif dan tajaan Naurah Care selaku Pengurus Acara karnival tersebut.

Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 28 Januari selain dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, karnival itu merupakan satu lonjakan minda yang baru untuk mengarusperdanakan agensi ini dalam menyantuni masyarakat terutamanya di ibu negara.

Beliau berkata, ini kerana mungkin ada yang masih tidak tahu adanya MAIWP yang merupakan satu agensi yang sentiasa bekerja siang dan malam untuk memberi kelastarian kepada masyarakat Islam.

“MAIWP ingin berjasa kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan dan di peringkat nasional, maka kita harap karnival ini dapat memberikan satu tanda aras yang baru bahawa (agensi) agama Islam ini boleh berada semua peringkat hidup melepasi apa sahaja yang diperlukan oleh masyarakat.

“Insya-Allah kita ada harapan dan hasrat untuk menjadikan Karnival MAIWP sebagai acara tahunan selama-lamanya (selagi) sehingga kita diberikan kekuatan untuk menyantuni golongan asnaf dalam konteks (tekanan) inflasi dan kos sara hidup,” katanya dalam sidang akhbar, di sini.

Majlis walimatulurus itu diadakan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 dapat bergelar raja sehari dalam satu majlis perkahwinan yang gilang gemilang.

Mereka terpilih terdiri daripada pasangan pengantin daripada kategori asnaf atau mualaf dengan salah seorang pasangan mestilah pemastautin tetap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setiap pasangan akan diberikan sepersalinan pakaian pengantin dengan setiap seorang menerima sumbangan RM2,000 dan mendapat baucar menginap di Hotel Ideas di sini selama dua hari satu malam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya