Lelaki 'bertelekung' didakwa esok

Lelaki ‘bertelekung’ didakwa esok

Lelaki bertelekung
AKSI lelaki bertelekung yang disyaki mencuri beg jemaah wanita di masjid sekitar Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertelekung yang disyaki mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di daerah ini, minggu lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan ke atas suspek berusia lingkungan 20-an itu sudah dilengkapkan pihaknya dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Pendakwaan ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok.

“Ia melibatkan dua pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan,” katanya hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perbuatan terkutuk seorang lelaki yang sanggup bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di daerah ini tumpas apabila dicekup polis pada 23 Disember lalu.

Suspek bertindak mencuri ketika mangsa sedang menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 di sini, 20 Disember lalu.

Perkara itu dikesan menerusi satu video tular yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki memasuki ruang solat wanita untuk melakukan kegiatan melibatkan dua mangsa berkenaan.

Rakaman CCTV di dua lokasi kejadian mendapati suspek menggunakan taktik sama iaitu memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya