Lelaki Bangladesh kibar Jalur Gemilang terbalik didenda - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh kibar Jalur Gemilang terbalik didenda

Lelaki Bangladesh
HOSIN Md. Diplap mengaku bersalah mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di Mahkamah Majistret di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: “Aku minta maaf Malaysia, aku sayang Malaysia, aku suka Malaysia.”

Demikian rayuan dibuat oleh seorang lelaki warga Bangladesh selepas mengaku bersalah mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Hosin Md. Diplap, 27, membuat pengakuan demikian selepas pertuduhan dibacakan atasnya dalam Bahasa Malaysia ke di hadapan Majistret Sarulatha Paramavathar dan dikenakan denda sebanyak RM3,500 atau penjara lima bulan jika gagal membayarnya.

Hosin yang difahamkan menetap di negara ini hampir lima tahun itu dituduh dengan sengaja mengaibkan dan melalui tindakan itu mendatangkan kemarahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun.

Dalam pertuduhan tersebut, pekerja kilang plastik itu dengan mengetahui mungkin bahawa bangkitan marah itu akan menyebabkan perpecahan keamanan awam.

Justeru, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, Hosin ketika kejadian ditegur lelaki yang merupakan pengerusi persatuan penduduk dekat sebuah pangsapuri di Jalan Muhibbah, Bukit Raja kerana memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 26 November lalu.

Bagaimanapun, individu itu dihalang rakan-rakan serumah tertuduh yang turut membuat provokasi terhadapnya.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima laporan seorang penghuni sebuah pangsapuri memasang bendera berkenaan secara terbalik di luar kediamannya pada hari yang sama.

Bertindak atas maklumat, beliau memaklumkan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menangkap lelaki warga Bangladesh itu untuk siasatan lanjut sebelum direman selama tiga hari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.