Langkah segerakan perolehan kamera badan disambut baik PDRM - Utusan Malaysia

Langkah segerakan perolehan kamera badan disambut baik PDRM

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuaan penguatkuasaan disambut baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dengan penggunaaan kamera badan dilihat akan memperkasa tahap integriti, profesionalisme serta ketelusan ketika berurusan selain melindungi kepentingan semua pihak.

“Penggunaan kamera badan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha PDRM memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota PDRM ketika menjalankan tugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini proses perolehan sedang dilaksanakan dan berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kamera badan berkenaan.

Perolehan ini dapat disegerakan memandangkan ia merupakan satu keperluan pada masa kini dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian untuk tindakan susulan.

Rang Undang-undang berkenaan diluluskan pada 26 Julai lalu bertujuan mempertingkat integriti, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.