Khairul Anuar, Prem Kumar bebas tuduhan rasuah

Khairul Anuar, Prem Kumar bebas tuduhan rasuah

KHAIRUL Anuar Baharom (dua dari kanan) dan Prem Kumar (dua dari kiri) bersama peguam masing-masing selepas Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membuat keputusan membebaskan dan mengenepikan sabitan hukuman yang dikenakan terhadap atas pertuduhan menawar rasuah bagi mengatur perlawanan bola sepak pada 2017.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membebas dan mengenepikan sabitan serta hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharom, 48 dan seorang lagi bekas pemain bola sepak, G. Prem Kumar, 54,.

Ia selepas kedua-dunya didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada tahun 2020 atas pertuduhan menawar rasuah bagi mengatur perlawanan bola sepak pada 2017.

Hakim, Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan kedua-dua tertuduh.

“Setelah membuat penelitian, mahkamah memutuskan rayuan tertuduh pertama dan kedua dibenarkan, oleh demikian sabitan bersalah mereka di Mahkamah Sesyen pada 17 Ogos 2020 ditepikan,” katanya pada prosiding keputusan rayuan di sini hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan wang denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan terhadap tertuduh dan wang jaminan yang dibayar sebelum ini dikembalikan.

Pada prosiding tersebut, peguam, Ridha Abdah Subri mewakili Khairul Anuar dan Datuk Geetham Ram Vincent serta  Carmen Eu Kah Mun mewakili Prem Kumar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Khairul Anuar menzahirkan rasa syukur dan lega atas keputusan mahkamah tersebut selepas hampir enam tahun kes tersebut berjalan.

“Akhirnya kebenaran di pihak saya, tiada apa saya mahu katakan lagi selain bersyukur kepada Allah SWT. Sepanjang enam tahun ini memang sukar, untuk berjumpa dengan orang pun masih dihantui dengan kes yang belum selesai ini, kadang-kadang rasa agak malu.

“Alhamdulillah, setelah enam tahun, mahkamah mendapati saya tidak bersalah, saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan saya,” katanya.

Khairul Anuar yang turut dikenali sebagai ‘Ah Chong’ dan Prem Kumar sebelum ini didapati bersalah atas dua pertuduhan bersama menawarkan suapan RM10,000 kepada pemain dan penjaga gawang pasukan Malaysian Indian Football Association (MIFA).

Ia sebagai dorongan untuk mengatur perlawanan antara MIFA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berlangsung 7 April 2017 supaya MIFA tewas 0-2 kepada PKNP.

Kesalahan itu dilakukan mereka sekitar pukul 9 hingga 10 malam 27 Mac 2017 di Jalan Andalas 1, Kawasan Perindustrian Ringan Senawang di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya