Kerajaan akan teliti semula peruntukan SOSMA

Kerajaan akan teliti semula peruntukan SOSMA

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula peruntukan di dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dengan lebih teliti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, penelitian itu dibuat kerana ingin menangani aspek yang menerima kritikan seperti peruntukkan menghadkan pemberian jaminan.

Menurut beliau, perbincangan dibuat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mana pelbagai isu perundangan berkait rapat dengan kementerian tersebut.

“Saya gebira untuk mengumumkan bahawa Saifuddin bersetuju dengan cadangan saya untuk memulakan sesi libat urus sewajarnya bersama semua pihak berkepentingan yang terlibat bagi mengkaji semula akta tersebut.

“Oleh yang sedemikian, kementerian saya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menganjurkan sesi ini dalam masa terdekat dan saya akan menjemput semua pihak berkepentingan, termasuk pegawai-pegawai daripada KDN dan Polis Diraja Malaysia untuk segera memulakan proses ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Saifuddin yang juga merupakan setiausaha agung Pakatan Harapan (PH) dikritik penyokong blok tersebut kerana menyatakan pendirian yang bercanggah daripada sebelum ini, dimana dahulu mereka menuntut SOSMA dikaji semula.

Walau bagaimanapun, Saifuddin turut memberi bayangan awal bahawa akta tersebut juga mungkin boleh sahaja dipinda.

Undang-undang keras itu mula digubal pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau ISA yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN