Dua remaja maut, motosikal langgar belakang lori

Dua remaja maut, motosikal langgar belakang lori

KEADAAN kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua remaja lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 60.5 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.24 pagi itu, menyebabkan mangsa Muhammad Aisy Iqbal Hairolazuan, 18 dan Muhammad Aiman Farhan Halim, 19 maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata kemalangan melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang kedua-dua mangsa dengan sebuah lori.

Katanya mangsa yang menunggang motosikal secara berasingan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai satu kemalangan maut melibatkan tiga buah kenderaan termasuk dua motosikal dan sebuah lori yang belum dikenal pasti.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal didapati melanggar belakang sebuah lori. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat.

Menurut Yusof, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut masih belum dikesan dan usaha mengesan individu berkenaan sedang giat dijalankan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Fairuz Abd Malek di talian 012-7415886,” katanya. – UTUSAN

KEADAAN kemalangan  di Kilometer 60.5 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN