Kenderaan jemaah menteri mula memasuki Istana Negara

Kenderaan jemaah menteri mula memasuki Istana Negara

KENDERAAN membawa Amirudin turut kelihatan memasuki Istana Negara, sebentar tadi. - FOTO/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan membawa anggota Jemaah Menteri dilihat mula memasuki Istana Negara sejak pukul 2 petang tadi bagi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antara yang dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara di sini ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa serta Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Turut kelihatan memasuki Istana Negara melalui pintu sama Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu dijadualkan bermula pada pukul 3 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai anggota Kabinet baharu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta parti-parti lain.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan 25 lagi jemaah menteri termasuk empat orang senator yang mengangkat sumpah di hadapan Rais Yatim di Bangunan Parlimen pukul 8.30 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya