Kelantan, Terengganu terima bantuan banjir RM50 juta

Kelantan, Terengganu terima bantuan banjir RM50 juta

ANWAR Ibrahim semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera banjir masing-masing berjumlah RM50 juta kepada Kelantan dan Terengganu susulan kedua-dua negeri itu terjejas teruk dengan musibah berkenaan.

Anwar berkata, keputusan meluluskan segera bantuan itu dibuat menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pagi tadi.

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan keperluan segera melibatkan soal kebajikan rakyat kerana banjir kebanyakkannya terdiri daripada golongan miskin.

“Pada masa sama, kerajaan akan meneruskan bantuan berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua keluarga yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sementara keluarga yang kehilangan nyawa akibat banjir diberikan sumbangan berjumlah RM10,000,” katanya semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini hari ini.

Hadir masa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Anwar memberitahu, perkara tersebut dibuat secara konsisten sebagaimana insiden yang berlaku di Batang Kali, Selangor.

Katanya, pentadbiran beliau mengutamakan soal kebajikan rakyat.

Kelantan merupakan negeri pertama yang dilawati Anwar secara rasmi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya