Karya murid boleh ke peringkat antarabangsa - Utusan Malaysia

Karya murid boleh ke peringkat antarabangsa

Karya buku
FADHLINA Sidek (lima, kiri) menerima cenderahati berupa lukisan wajahnya pada Program Pelancaran Buku Young Emerging Talents Sekolah Seni Malaysia karya pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun sempena SIBF di Pusat Konvensyen MBSA di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Karya murid-murid sekolah di negara ini boleh dijulang ke peringkat antarabangsa sekiranya seni penulisan dalam kalangan golongan tersebut dapat diberi perhatian untuk dipertingkatkan kualitinya.

Menteri pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha tersebut akan meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara merangkumi bidang akademik dan kesenian.

“Pengantarabangsaan karya murid merupakan salah satu penanda aras dalam menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya ketika melancarkan lima buku cerita hasil karya lima pelajar di bawah Program Young Emerging Talents (YET) Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau menzahirkan rasa berbangga dengan penulisan pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun itu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman sendiri selain ilustrasi setiap helaian buku adalah hasil kreatif mereka.

“Lima penulis cilik ini adalah antara murid Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur yang menyertai delegasi Malaysia ke Program Pengantarabangsaan Karya Malaysia di Pesta Buku Frankfurt, Jerman pada 19 hingga 23 Oktober lalu.

“Penulisan mereka digarap menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah difahami dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Saya percaya karya mereka boleh dijadikan bahan bacaan tambahan di sekolah-sekolah rendah,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya berharap pengalaman pelajar terbabit menyaksikan proses padanan urus niaga, rundingan transaksi hak cipta dan pelesenan karya mampu memberi nilai tambah dalam mengasah mereka bakat ke arah lebih profesional. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.