JBPM guna teknik ‘sweeper’ cari sembilan lagi mangsa

JBPM guna teknik ‘sweeper’ cari sembilan lagi mangsa

HAFISHAM Mohd. Noor (duduk, kiri) pada sidang media SAR di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s Organic Farm (FoF) turut menggunakan kaedah ‘sweeper’ di sungai berhampiran lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai tujuh anggota JBPM digerakkan menggunakan kaedah berkenaan bagi mengesan mangsa yang belum ditemui sehingga hari keempat.

Hafisham bagaimanapun berkata, pasukan penyelamat gagal menemui sebarang petunjuk meskipun pencarian dan tinjauan dilakukan di keseluruhan kawasan sungai berhampiran.

“Selepas hasil usaha berterusan hingga hari keempat belum menunjukkan petanda sembilan mangsa yang hilang, kita telah gerakan pasukan (menggunakan kaedah) sweeper di kawasan aliran sungai yang ada air keruh.

“Ia untuk memastikan sama ada mangsa berada di situ atau telah dihanyutkan air atau sangkut di pokok, jadi pasukan sweeper dipanggil tinjau namun masih tiada (sebarang penemuan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa hilang yang memasuki hari keempat di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai operasi SAR sehingga jam 6 petang tadi, Hafisham berkata, tiada mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di kawasan tumpuan utama operasi hari ini.

Jelasnya, kerja-kerja mengorek dan mengalih tanah runtuh setinggi 16 meter masih diteruskan dengan menggunakan khidmat 11 jengkaut.

“Tanah masih lembik, becak jadi kita terpaksa menggunakan kaedah menebang pokok dan jadikan batang pokok sebagai lantai jentera berat bergerak,” katanya.

Terdahulu operasi SAR yang memasuki hari keempat disambung pada pukul 8 pagi tadi melibatkan 135 anggota pasukan penyelamat dan dibantu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selepas dihentikan 8.15 malam semalam disebabkan cuaca buruk.

Bagaimanapun tiada mangsa ditemui setakat pukul 7 petang ini selepas operasi diteruskan pagi tadi dan pasukan penyelamat masih meneruskan operasi SAR menggunakan khidmat anjing pengesan K9 serta 11 jengkaut di sekitar runtuhan tanah setinggi 16 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya