Harga telur mahal sebab selesema burung

Harga telur mahal sebab selesema burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) turut tidak terkecuali berdepan kenaikan harga telur ayam selain peningkatan harga barangan asas lain.

Berdasarkan data dari Biro Statistik Pekerja, sepanjang November lalu, harga telur ayam meningkat sebanyak 49 peratus, lapor CNN.

Pakar berpandangan lonjakan harga barangan asas tersebut disebabkan wabak selesema burung yang melanda sehingga menyebabkan banyak ternakan seperti ayam dan itik mati, khususnya ayam belanda dan ayam ternakan.

Namun, situasi lebih memburuk dengan peningkatan kos makanan dan tenaga bagi pihak pengeluar, selain permintaan tinggi di pasar raya.

Selesema burung menjadi masalah di AS sejak beberapan bulan lalu, sehingga menyebabkan harga borong sejak kebelakangan ini mencecah rekod luar biasa.

Wabak tersebut tercetus sejak Februari lalu dan kali terakhir melanda pada 2015, di AS.

Penganalisis Data Pasaran Makanan, Karyn Rispoli berkata, harga telur ayam meningkat selama sembilan minggu berturut-turut sekali gus menyaksikan rekod tertinggi baharu setiap hari.

Jumaat lalu, katanya, telur ayam bersaiz besar Midwest dijual AS$5.46 (RM24) bagi setiap dozen.

Sedangkan, tahun lalu, jelasnya, data Urner Berry menunjukkan harga telur ayam adalah sekitar AS$1.70 (RM7.50) sahaja.

Dalam pada itu, Rispoli berkata, bekalan tidak mencukupi juga merupakan penyumbang kepada peningkatan harga telur ayam.

“Tiada pengeluaran mencukupi untuk menyokong permintaan runcit yang sangat kukuh tahun ini.

“Bekalan mengalami kekangan akibat selesema burung yang membawa maut,” katanya.

Sementara itu, permintaan tinggi daripada pengguna yang membeli telur ayam bagi tujuan masakan, membuat kak dan pastri serta sajian ketika sarapan juga menyumbang kepada kenaikan harga.-CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya