Guru maut motosikal langgar penghadang besi - Utusan Malaysia

Guru maut motosikal langgar penghadang besi

KEADAAN motosikal yang dinaiki mangsa terlibat kemalangan maut di Kilometer 91.8, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang guru lelaki maut apabila motosikal dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan di Kilometer 91.8, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu, mangsa, Muhammad Nasuha Mustaffa, 34, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, Alor Setar maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang terbabas sendiri.

“Ketika kejadian motosikal mangsa sedang bergerak dari arah utara menghala ke Selatan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang sedang bergerak di lorong kecemasan itu hilang kawalan dan terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan,” katanya.

Zaidy berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang berasal dari Kampung Alor Melintang Mukim Gunong, Alor Setar meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk ujian saringan Covid-19 dan proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.