Dua sahabat dicekup pecah lapan kedai, pejabat - Utusan Malaysia

Dua sahabat dicekup pecah lapan kedai, pejabat

Dua sahabat
AHMAD RIDHWAN Mohd. Nor @ Saleh (kiri) menunjukkan barangan kes yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kegiatan haram dua sahabat memecah masuk lapan kedai dan pejabat di sekitar Saujana Putra di sini, sejak tiga bulan lalu tumpas apabila mereka dicekup polis, kelmarin.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 32 dan 38 tahun itu ditahan berasingan di sekitar Pandamaran, Klang bermula pukul 9.20 malam selepas risikan pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan itu dilakukan hasil laporan seorang guru tuisyen mengenai kes pecah pejabat di Bandar Tropicana Aman, Saujana Putra, 31 Oktober lalu.

“Kita turut merampas pelbagai barangan seperti telefon bimbit, jam tangan, besi pembuka tayar yang diubah suai dan pemutar skru.

“Selain itu, sebuah kereta Perodua Bezza yang digunakan suspek ketika kejadian dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik. 

“Dengan tertangkapnya mereka, polis berjaya menyelesaikan lapan kes yang melibatkan kerugian kira-kira RM20,000. Mereka dipercayai melakukan jenayah berkenaan selama tiga bulan,” ujarnya.

Tambah beliau, dua sahabat itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya