Diskriminasi OKU perlu dihentikan - Anwar

Diskriminasi OKU perlu dihentikan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Diskriminasi terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu diberhentikan. 

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebersamaan harus diberi kepada semua pihak dalam membela semua golongan termasuk golongan orang kurang upaya. 

“Kerajaan Perpaduan pimpinan saya akan terus memberi fokus kepada usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan OKU melalui kebijakan yang tuntas. 

“Diskriminasi dalam pelbagai bidang terhadap golongan OKU mesti dihentikan dan sebaliknya kita mesti rangkul segala upaya yang ada untuk membela semua terutamanya golongan orang kurang upaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam masa yang sama, Anwar turut berkata, golongan itu juga seharusnya diberi peluang menyumbang keringat dan buah fikiran dalam pelbagai lapangan di negara ini terutamanya dalam hal membangun masyarakat dan negara. 

Katanya lagi, meskipun diuji dengan halangan fizikal dan mental semua pihak harus menggembleng tenaga dalam menjayakan usaha tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN