Datuk Nora bakal berduet dengan anak

Datuk Nora bakal berduet dengan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 49, bakal berduet bersama anaknya, Putri Dahlia, 18, menerusi sebuah lagu yang akan diterbitkan Januari tahun depan.

Berkongsi perkara itu, Nora menyifatkan kolaborasi berkenaan sebagai percubaan untuk dia dan Putri menembusi pasaran pendengar muda masa kini.

“Ini adalah buah tangan terbaru dari saya. Lagu itu telah siap dirakam dan sedia untuk diperdengarkan Januari ini.

“Ia bukan lagu balada kerana industri kita di Malaysia mempunyai terlalu banyak lagu balada. Saya dan Putri mahu tampilkan kelainan.

“Lagu ini adalah satu percubaan untuk menguji sama ada kolaborasi kami ini menjadi atau tidak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap soal penglibatan Putri dalam bidang nyanyian, Nora memaklumkan, sebagai ibu, dia menyokong penuh haluan kerjaya yang dipilih anaknya itu.

“Kami sama-sama berkongsi, supaya legasi yang ada ini dapat diteruskan.

“Dia sudah pun menampakkan minat dan bakat dalam bidang seni.

“Sebagai penyanyi lama, saya tumpang pasaran pendengar muda dengan mengeluarkan lagu itu nanti,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN