Covid-19: 1,866 kes positif baharu; 102 kes ICU

Covid-19: 1,866 kes positif baharu; 102 kes ICU

SEBANYAK enam kes kematian direkodkan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding kelmarin, 2,421 kes sekali gus diatasi 2,814 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 34,166 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,998,830 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 634 kes diikuti Kuala Lumpur (186), Sarawak (176), Melaka (129), Sabah (126) dan Pulau Pinang (103).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (94), Kedah (80), Negeri Sembilan (74), Putrajaya (63), Pahang (61), Kelantan (48), Johor (33), Terengganu (23), Labuan (23) dan Perlis (13).

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 445 orang berbanding kelmarin, 511 orang, 102 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 69 kes  memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,710 kes, manakala satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,814 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya