Buah-buahan bertaburan atas jalan akibat kemalangan - Utusan Malaysia

Buah-buahan bertaburan atas jalan akibat kemalangan

KEADAAN buah-buahan yang bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori dilanggar bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 317.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Sebuah lori membawa muatan buah-buahan terbalik selepas dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 317.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.

Nahas pukul 2.45 pagi itu menyebabkan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan dan menghalang laluan di lebuh raya.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu bas ekspres berusia 42 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 28 tahun luka masing-masing di perut dan dagu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, lori dipandu lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Selayang.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, lori tersebut telah dilanggar di bahagian belakang oleh bas ekspres membawa 16 penumpang dari Baling, Kedah ke Kuala Lumpur.

“Dalam kemalangan ini pemandu bas dan seorang penumpang cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya